Jumaat, 6 Januari 2012

Novel Utk Dijual

Normal Price : RM18.00
Harga utk dijual : RM15.00 (tak termasuk harga pos)


Sinopsis :

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?




sape berminat,sila la komen :) thanks :)

Khamis, 15 Oktober 2009

Nak Jual Novel


assalamualaikum kawan2...


ade tak sesiapa yg berminat nak beli novel Baju Pengantin Mak Andam??

saya nak jual second hand jew...hehehehe...

RM 15.00 jew...sape berminat,tinggalkan komen ye...

time kasih...


sinopsis novel :


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.


Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga?


Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?


Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

Khamis, 21 Mei 2009

ikan mati lagi la...

nape eh dia mati??

tekejot je rasa bila tengok ikan peacock tu mati...

sangat sedih...baru je beli semalam...

5 ekor...2 jantan 3 betina yg bunting perut nya...

tapi tu la mati plak sekor jantan & sekor betina....

uwaa....

Khamis, 7 Mei 2009

ikan gapi



ni la contoh ikan gapi...ikan peacock pun nama dia jugak...
comel sangat...nak beli kat pasa malam aritu,tapi uncle tu lambat pulak bukak gerai dia...
kalau kedai uncle ikan kat kedai atas,ikan gapi ni dah tak banyak...
sedih je bila g tapi ikan takde...ikan kat rumah tu pulak asyik mati...

Rabu, 11 Februari 2009

Ikan Gapi @ Ikan Peacock

balik keje tadi terus pegi beli ikan gapi @ ikan peacock.
sangat suka ikan gapi. i love it. hehehehe.
5 ekor for RM5 (betina). so beli je la RM5 pun.
yang jantan plak RM1.20 sekor. beli je la memang kekurangan ikan jantan.
macam mana nak membiak kan kalu sume nyer betina.
hehehehe. so skang dah banyak la ikan gapi aku.
hehehehe suka nyer dapat tengok ikan2 yang comel tu berenang (^_^)

aku pun tebeli ikan laga. hehehehe... best je rasa sebab banyak ikan.
bila tengok ikan berenang,rasa aman damai je.
so macam nak bawak ikan laga g opis esok. kalu jadi la. masalah nyer macam mane la
nak bawak kan. takot tekocak je air dia esok masa dalam bus. letak dalam plastik ke eh??
esok la fikir kan. beli kaler merah. RM2 je sekor. sangat murah. hehehee...
 

Chenta Itu Indah. Design By: SkinCorner